Blog Kreatif Murni
http://gurukreatifmuridaktif.blogspot.my/2014/08/teks-pengacara-pelancaran-hari.html
Tuesday, 17 November 2015
Monday, 16 November 2015
Cuit-Cuit Bahasa @TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU
TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU
SMK HANG JEBAT
2015
(Teks di bawah sekadar contoh yang disediakan untuk rakan-rakan guru yang memerlukan bantuan untuk Sambutan Hari Guru. Tidak ada kaitan langsung dengan apa yang sebenarnya berlaku di SMK HANG JEBAT. Saya sekadar menggunakan nama-nama yang berkenaan sahaja.)
PERHATIAN.
MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI.
TERIMA KASIH.
PARA PELAJAR DIINGATKAN BERDIRI KETIKA PERARAKAN MASUK GURU-GURU KE DEWAN JAUHARI SMK HANG JEBAT.
PERARAKAN GURU
RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN, MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA SEMUA GURU SMK HANG JEBAT
MAJLIS MEMOHON TUAN PENGETUA UNTUK MENABURKAN KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA DIIRINGI OLEH PENOLONG-PENOLONG KANAN KEPADA BARISAN GURU-GURU YANG DIKASIHI DAN DIRAIKAN.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu.
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA…DAN SELAMAT PAGI
YANG BERUSAHA
Pn Hjh Sharmizan binti Shaffie,
PENGETUA SMK HANG JEBAT
YANG BERBAHAGIA
En Abdul Rahim bin Yunus,
YANG DIPERTUA PIBG, SMK HANG JEBAT,
YANG DIHORMATI,
Tn Hj Ihsan bin Ramli,
PENOLONG KANAN
YANG DIHORMATI,
Tn Hj Nasri Abidin
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
YANG DIHORMATI,
Pn Hjh Petimah binti Ibrahim
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM.
BARISAN PENDIDIK YANG DISAYANGI.
WARGA KERJA SMK HANG JEBAT.
AJK-AJK PIBG SMK HANG JEBAT.
BARISAN PENGAWAS DAN RAKAN-RAKAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…
SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU.
BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI, KERANA PADA PAGI INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MERAIKANKAN INSAN YANG AMAT KITA SANJUNGI DALAM MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SMK HANG JEBAT BAGI TAHUN 2015. “GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK” ITULAH TEMA PERAYAAN HARI GURU PADA TAHUN INI.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
SEBAGAI PEMBUKA TIRAI, MAJLIS KITA PADA HARI INI, DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.
BACAAN DOA
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
Panggilan cikgu adalah keramat
Bersabar menabur jasa dan bakti
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DLAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ ZULKIFLI HJ GEE.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMANYA MEMPERSILAKAN.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
MAJLS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ ZULKIFLI HJ GEE ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
Pakai baju warna biru
Ke sekolah hingga pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
PERUTUSAN DARIPADA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.
SIDANG MAJLIS SEKALIAN, SETERUSNYA DIJEMPUT PULA CIKGU SUBRAMANIAM A/L PERIANAN UNTUK MEMBACAKAN PERUTUSAN UCAPAN DARIPADA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.
DEMIKIANLAH TADI TEKS PERUTUSAN DARIPADA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU SUBRAMANIAM A/L PERIANAN.
RAKAN-RAKAN PELAJAR DIHORMATI,
SESUNGGUHNYA:
Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Gurulah menyebabkan kita mengenal huruf dan angka. Huruf yang diajar, dikembangkan menjadi suku kata, perkataan dan seterusnya ayat. Menerusi huruf, kita mampu mengira ribuan angka. Semuanya kita peroleh menerusi dedikasi guru yang berterusan mendidik tanpa mengenal penat dan lelah.
PERUTUSAN MENTERI PENDIDIKAN
SETERUSNYA, MAJLIS MENJEMPUT TN HJ AHMAD MAJDI BIN ABDULLAH UNTUK MEMBACAKAN TEKS PERUTUSAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA. DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TN HJ AHMAD MAJDI BIN ABDULLAH.
UCAPAN WAKIL PELAJAR.
Dapat banyak BUNGA? Tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat banyak PEN? tanda guru bijak melakar kata. Dapat PEMADAM? Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat UCAPAN tanda guru sentiasa di ingatan.
PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT WAKIL MURID SELAKU KETUA MURID SMK HANG JEBAT MEWAKILI PARA PELAJAR. IAITU SAUDARI SHAZANA SHAMEEM BT IMTIAZ UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU. DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARI SHAZANA SHAMEEM ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.
Guru,
Engkau bak mentari menyinari siang,
Engkau bak bulan menerangi malam,
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!
Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insan gemilang.
UCAPAN YDP PIBG
PARA HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS MENJEMPUT PULA EN ABDUL RAHIM YUNUS YANG DIPERTUA PIBG MEWAKILI IBU BAPA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN ABDUL RAHIM YUNUS ATAS UCAPAN ITU TADI.
UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA
TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA SUARANYA TANPA BERBICARA.
HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN PN HJH SHARMIZAN BT SHAFFIE, PENGETUA SMK HANG JEBAT BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN PERAYAAN HARI GURU SMK HANG JEBAT. DIPERSILAKAN.
TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI, TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA ATAS UCAPAN ITU TADI.
ACARA PEMOTONGAN KEK
SEKARANG KITA TELAH SAMPAI KE ACARA PEMOTONGAN KEK OLEH TN PENGETUA DAN PEN.-PEN KANAN, MOHON PARA GURU BERSAMA-SAMA BAGI MENGIRINGI PENGETUA UNTUK ACARA PEMOTONGAN KEK.
MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA PARA GURU DIATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.
BACAAN IKRAR GURU/NYAYIAN HARI GURU
BERALIH KITA KE ACARA SETERUSNYA DENGAN MENJEMPUT SEMUA GURU KE PENTAS UNTUK BACAAN IKRAR YANG AKAN DIKETUAI OLEH TN HAJI SUPARDI MOHD SANI. MOHON PARA GURU NAIK KE PENTAS…DAN SELEPAS ITU, KITA AKAN DIPERDENGARKAN DENGAN KELUNAKAN SUARA OLEH PARA GURU DENGAN NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA, DAN BIARKU MENJADI LILIN.
DEMIKIANLAH TADI NYANYIAN BEBERAPA LAGU DARIPADA GURU-GURU YANG KITA SAYANGI.
PERSEMBAHAN A (MURID)
PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR SEKALIAN.
BAGI MEMERAHKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, KITA TAMPILKAN SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PELAJAR ORANG ASLI SEBAGAI KENANGAN DI HALWA TELINGA KHUSUSNYA UNTUK GURU-GURU YANG DIRAIKAN PADA HARI INI. SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN JURAGAN.
UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN, PERSEMBAHAN ITU TADI DI BAWAH PIMPINAN MOKNIK ROSNITA.
SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPKAN.
PERSEMBAHAN B (MURID)
SETERUSNYA PULA MARILAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN PERSEMBAHAN ____________________ DI BAWAH PIMPINAN ____________________.
BEGITULAH SANTAPAN MATA YANG DIHADIAHKAN OLEH PELAJAR BUAT GURU-GURU YANG TERSAYANG.. SEKALUNG PENGHARGAAN TERMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ISTMEWA ITU TADI..
PERSEMBAHAN BADAN PENGAWAS
MAJLIS AKAN DISERIKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM DARIPADA BADAN PENGAWAS. SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN PERTUNJUKAN BERAGAM INI.
DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM OLEH BADAN PENGAWAS.
PERSEMBAHAN GURU
MAJLIS TIDAK AKAN MERIAH JIKALAU TIDAK DISERIKAN DENGAN PERSEMBAHAN OLEH GURU.. DIJEMPUT CIKGU .................................UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU YANG BERTAJUK ...............................................
DENGAN INI DIPERSILAKAN…
TERIMA KASIH DIUCAPKAN
PERSEMBAHAN __________
Guru…
Tiada hadiah dapat ku beri
Hanya sebuah puisi pengganti diri
Semoga dirimu dirahmati..
PERSEMBAHAN SETERUSNYA PULA ADALAH _____________ DARIPADA BEBERAPA ORANG PELAJAR SMK HANG JEBAT.
DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH KEPADA KUMPULAN ___________ ITU TADI.
PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS SUMBANGAN PIBG
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KEPADA BEBERAPA ORANG GURU YANG TELAH BERJAYA MENAMBAT HATI MURID-MURID SMK HANG JEBAT. UNTUK MAKLUMAN, TELAH DIBUKA SEJAK SEBULAN YANG LALU. SEMUA GURU TELAH DICALONKAN DAN PEMILIHAN TELAH DILAKUKAN OLEH SEMUA PELAJAR DI SEMUA TINGKATAN. UNDI TERTINGGI TELAH TERPILIH DIANGGAP PEMENANG.
DIMULAKAN DENGAN
* Anugerah Guru Paling Rajin.
* Anugerah Guru Paling Berdedikasi
* Anugerah Guru Paling Berketrampilan
* Anugerah Guru Paling Periang
* Anugerah Guru Paling Prihatin
*Anugerah Guru Paling Penyayang
*Anugerah Guru Paling Popular
PENYAMPAIAN ANUGERAH GURU INOVATIF
Bersenjatakan pena keramat
Berbekalkan ilmu di dada penuh sarat
Melangkah sang guru penuh semangat
Ke gelanggang pendidikan untuk berkhidmat
Dengan satu misi satu matlamat
Semoga jasa guru mendapat rahmat
Demikian sifat guru sejati
Kerana sememangnya
GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK
ANUGERAH SETERUSNYA ADALAH JULUNG KALI DIADAKAN BERSESUAIAN DENGAN TEMA PERAYAAN SAMBUTAN HARI GURU PADA TAHUN INI IAITU GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK
PIHAK SEKOLAH DAN PIBG BERSEPAKAT DAN BERSETUJU UNTUK MENGANUGERAHKAN ANUGERAH INI KEPADA PN HJH HASLIZA MANAP KERANA KEPRIHATINAN SERTA SEMANGAT BELIAU KEPADA SMK HANG JEBAT DENGAN MENCETUSKAN IDEA-IDEA, KREATIVITI SERTA TENAGA DEMI MEMPERTINGKATKAN MARTABAT MURID-MURID DI SMK HANG JEBAT.
BERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA PN HJH HASLIZA MANAP ATAS JASA BELIAU SELAMA INI.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA ATAS PENYAMPAIAN ANUGERAH ITU TADI.
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU TINGKATAN.
Guru…
Mencurahkan ilmu dengan motivasi
Mengajar dengan penuh dedikasi
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri
Terimalah sedikit cenderahati
Sebagai tanda kenangan budi
SETERUSNYA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU TINGKATAN. DIJEMPUT KETUA-KETUA KELAS SEMUA TINGKATAN MEWAKILI KELAS MASING-MASING UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA ATAU TANDA HATI KEPADA GURU KELAS MASING-MASING.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR SMK HANG JEBAT ATAS TANDA INGATAN ITU TADI. SESUNGGUHNYA, BUDI YANG DTABURKAN OLEH GURU SELAMA INI TAK TERMAMPU UNTUK DIBALAS.. UCAPAN TERIMA KASIH KAMI BUAT CIKGU.. WALAUPUN SEBENARNYA UCAPAN ITU TERLALU KECIL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PENGORBANAN YANG DICURAHKAN OLEH GURU SELAMA INI.
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insan bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Terima kasih cikgu yang telah memberi kami sebuah pelajaran kehidupan yang bererti untuk hari depan
Terima kasih cikgu yang telah membantu kami memahami sebuah realiti kehidupan.
Terima kasih cikgu yang telah mengajarkan kami ilmu-ilmu penerang hidup dalam kegelapan
Terima kasih cikgu yang selalu menerima kami dengan lapang dada
Terima kasih cikgu yang tak kenal lelah membimbing kami menjadi manusia-manusia tangguh
Terima kasih cikgu terima kasih atas pengorbanan yang telah cikgu berikan
Kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Allah dengan tubuh badan yang sihat. Malah kami berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik kami agar menjadi insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang
MARILAH SAMA-SAMA KITA UCAPKAN “TERIMA KASIH CIKGU” KEPADA BARISAN GURU YANG KITA
SEMUA SAYANGI INI.
NYAYIAN LAGU SEKOLAH
PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR YANG BUDIMAN.
Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun, sudah sampai ke lembah.
Kalau terjun, sudah sampai ke tanah,
Kalau berenang, sudah sampai ke pantai.
Kalau belayar sudah sampai ke pulau,
Kalau berjalan sudah sampai ke batas.
Kalau mudik, sudah sampai ke hulu,
Kalau hanyut sudah sampai ke kuala.
KITA SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNG MAJLIS, SEBELUM KITA BERSURAI MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYAYIKAN LAGU “_______________”
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.
PENUTUP
Kami minta ampun,
Kami minta maaf ...
Kalau wajah ada yang tersalah pandang,
Kalau nama ada yang tersalah sebut,
Kalau gelar ada yang tersalah ucap,
Kalau duduk ada yang di salah tempat.
AKHIR KATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK HANG JEBAT KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI TAHUN INI.
SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KEPADA SEMUA GURU UNTUK MENJADI PENDIDIK YANG GEMILANG. SEMOGA BENIH-BENIH KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM DALAM SETIAP BATAS HATI PARA GURU, KERANA DENGAN KEIKHLASAN, AKAN TERPANCAR KEJERNIHAN DAN KEJAYAAAN ANAK DIDIK YANG MUTLAK. MUDAH-MUDAHAN…
AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU
MAJLIS MENJEMPUT SEMUA GURU DAN DIF-DIF JEMPUTAN UNTUK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN RINGAN DI ________________.
KEPADA SEMUA PELAJAR JAMUAN DI ADAKAN DI ______________.
TERIMA KASH DAUN KELADI
PANJANG UMUR KITA SAMBUT LAGI
BUAT GURU KAMI SUDAHI
SELAMAT HARI GURU BUATMU DIKASIHI
JASA GURU TERPAHAT DIHATI
SEKIAN. SALAM SEJAHTERA
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…
(“Selamat Hari Guru” buat semua warga pendidik.
MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK.
Andalah GURU yang bisa melonjakkan pendidikan negara. Galaslah tanggungjawab dan amanah ini dengan ikhlas dan penuh dedikasi agar kita dapat melahirkan generasi cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiahnya)
sumber : http://kenangansilam-ita.blogspot.com/ dengan sedikit pengubahsuaian
Cikgu Aina @Teks pengacara majlis Hari Guru
Bismillah…….
Yang Berbahagia .......
Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah .......
Yang Berusaha ..............
Guru Besar......
Yang Berbahagia .................................
Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah .............................
Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan
Sekolah ....................
Guru-guru dan para pekerja yang diraikan serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja Peringkat Sekolah .........
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja bagi Tahun 2013 dengan tema : ......
Awal Bismillah pembuka bicara
Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.
Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh Ustaz........ Dijemput dengan hormatnya….
(bacaan doa)
Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.
______________________________________________________________
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri.... dan Lagu Sekolah........ Sidang dataran dipersilakan berdiri.
(rakaman nyanyian)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Sidang dewan dipersilakan duduk.
Hadirian yang dihormati sekalian,
Seterusnya Bacaan Perutusan...
Dipersilakan ........... GPK Hal Ehwal Murid untuk membacakan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...
(ucapan perutusan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
.Seterusnya dipersilakan..........................., GPK1 untuk membacakan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. Dipersilakan.
(ucapan perutusan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Sidang hadirin sekalian,
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu dipersilakan ........................selaku Ketua Pengawas untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan...
(ucapan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Sidang dataran sekalian,
Seterusnya majlis mempersilakan ........................, Yang Di Pertua PIBG Sekolah ....................... untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan...
(ucapan)
Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.
Hadirin sekalian,
Seterusnya dipersilakan ......., Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah .... untuk tampil menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya....
(ucapan)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan ................... untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.
(ucapan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan .................itu tadi.
Sidang dataran yang dimuliakan,
Paluan gendang pembuka majlis,
Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.
Untuk itu, dijemput semua guru ..........tampil ke atas pentas bagi acara melafazkan ikrar diketuai oleh ........., GPK1. Dipersilakan....
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Sidang dataran sekalian,
Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita...
Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan nyanyian Lagu Tema Hari Guru oleh barisan pentadbir dan guru-guru. Dipersilakan....
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.
Sidang hadirin sekalian,
Seterusnya majlis penyampaian hadiah dari PIBG ………….. kepada guru-guru.
Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan..........menjemput dan mengiringi ............................, Yang Di Pertua PIBG untuk menyampaikan hadiah kepada barisan guru-guru. Dipersilakan.....
(penyampaian hadiah)
Sidang dataran sekalian ;
Maju Bangsa Kerana Bahasa,
Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.
Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ........ untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berbahagia ............., dipersilakan....... dan seterusnya kepada Yang Berbahagia......................, dipersilakan........Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Sidang dewan yang dimuliakan,
Andai berkayuh dah sampai ke seberang
Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini
sebagai penutup bicara,
Sisir pelepah meraut lidi,
Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.
Dagang singgah membeli kajang,
Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.
Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami pinta.
Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”
Koleksi Hariff @Teks Pengacara Program Seminar Keselamatan
TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM SEMINAR KESELAMATAN
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.
Bagi melancarkan perjalanan majlis saya bagi pihak majlis meminta kerjasama tuan-tuan dan puan-puan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap. Tuan-tuan dan puan-puan juga diminta mengikuti program ini sehingga ke akhir majlis.
Terima kasih atas kerjasama semua.
8.30 am
Ketibaan Perasmi
Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berusaha DSP ……………………………… , IPD Perak Tengah dengan diiringi oleh Pn. Lidiawati bt. Zamri, Pegawai Perpaduan Daerah, Ust. Amir Hasan b. Razali, Pengerusi KRT Taman Changakat Lada Raya dan dif-dif jemputan. Dipersilakan mengambil tempat.
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
8.35 am
Lagu Negara ku dimainkan
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)
Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.
8.45 am
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam Perak Aman Jaya.
Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
Yang Berusaha DSP
IPD Perak Tengah
Yang Berusaha Pn Lidiawati bt. Zamri
Pegawai Perpaduan Daerah Manjung & Perak Tengah
Yang Berusaha Ust. Amir Hasan b. Razali
Pengerusi KRT Taman Changkat Lada Raya, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program Seminar Keselamatan
Ketua-ketua Jabatan,
Pengerusi-pengerusi KRT Daerah Manjung dan Perak Tengah
Pegawai-pegawai PDRM
Dif-dif jemputan
Peserta-peserta Seminar
Dan hadirin sekalian
Selamat datang ke :
Program Seminar Keselamatan Bersama PDRM dan RT Daerah Manjung & Perak Tengah.
Program Seminar Keselamatan Bersama PDRM dan RT Daerah Manjung & Perak Tengah.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk menjayakan program ini.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke program ini terutamanya kepada Yang Berusaha DSP …………………………………………………… kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua peserta seminar yang hadir untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman. Sesungguhnya menuntut ilmu itu tiada had dan batas sempadannya. Bak kata pujangga ‘Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad’. ‘Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina’. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz ………………………………………. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********** (Doa)
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke program ini terutamanya kepada Yang Berusaha DSP …………………………………………………… kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua peserta seminar yang hadir untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman. Sesungguhnya menuntut ilmu itu tiada had dan batas sempadannya. Bak kata pujangga ‘Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad’. ‘Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina’. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz ………………………………………. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz ………………………. atas bacaan doa itu tadi.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz ………………………. atas bacaan doa itu tadi.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Sekapur sirih tiada berharta,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Ust. Amir Hasan b. Razali, Pengerusi Jawatankuasa Program Seminar Keselamatan merangkap Pengerusi KRT Taman Changkat Lada Raya untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.
************(Ucapan)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Ust. Amir Hasan b. Razali atas ucapan tersebut.
Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Puan Lidiawati bt. Zamri, Pegawai Perpaduan Daerah Manjung / Perak Tengah untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
************(Ucapan PPD)
Terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Lidiawati bt. Zamri atas ucapan tadi.
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha DSP,
IPD Perak Tengah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Seminar Keselamatan
dengan segala hormatnya mempersilakan.
***********(Ucapan Perasmi)
***********(Ucapan Perasmi)
Dijemput DSP ke tengah pentas bagi menyempunakan gimik perasmian. Dipersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha DSP atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.
Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk bersama-sama membantu pihak berkuasa bagi membenteras jenayah di kawasan masing-masing. Keprihatinan dan tindakan kita akan mencegah dari berlakunya kegitan-kegiatan jenayah. Bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’.
Ceramah & Tayangan video
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini dengan menjemput ………………………………………………… bagi menyampaikan slot ceramah & tayangan video. Dipersilakan.
************(ceramah).
Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini dengan menjemput ………………………………………………… bagi menyampaikan slot ceramah & tayangan video. Dipersilakan.
************(ceramah).
Sesi Soal Jawab
Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Kepada tuan-tuan dan puan-puan peserta seminar boleh mengemukakan pertanyaan kepada tuan penceramah.
########(soal jawab)
Hariff
Penyampaian Cenderahati
Majlis diteruskan dengan penyampaian cederahati,
Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha Pn Lidiawati bt. Zamri, Pegawai Perpaduan Daerah Manjung / Perak Tengah dengan diiringi oleh Yang Berusaha Ust Amir Hasan b. Razali naik ke pentas bagi menyempurnakannya.
Sebagai tanda terima kasih kami,
Majlis menjemput DSP bagi menerima cederahati. Dipersilakan.
Majlis menjemput ...................................
Penutup
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Yang Berusaha Pn Lidiawati bt. Zamri atas kesudian meyampaikan cederahati.
Hadirin yang dihormati....
Selesai sudah Program Seminar Keselamatan, ucapan tahniah buat semua peserta yang memberi kerjasama, sanggup tunggu sehingga selesai.
Semoga semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi di dalam seminar ini dan berkongsi dengan rakan-rakan dan jiran-jiran yang tidak dapat turut seta dalam program ini.
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan Negara.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan saya.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.
Rumpun nipah tepi telaga,
Diambil orang buat nira;
Hidangan di meja sudah tersedia,
Sebelum pulang jemput semua menjamu selera.
Sekian, tarima kasih.....
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Sebelum pulang,
Dijemput semua peserta dan hadirin untuk menjamu selera.
Subscribe to:
Comments (Atom)